Sunday, May 3, 2015

Tips untuk buat pelanggan membeli produk anda di FACEBOOK


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang sudi meluangkan masa untuk melawat blog saya ini.Apa khabar semua? saya harap anda semua sihat-sihat sentiasa.Saya lihat sekarang ini dah ramai yang buat duit di facebook betul? hari semakin hari ada sahaja iklan yang hadir diruang facebook kita.sememangnya agak mudah untuk buat duit di internet lagi-lagi di FACEBOOK ,betul?
Tapi apabila kita buat duit di Facebook selalu sahaja tidak ada orang yang nak beli produk kita ataupun nak join bisnes kita..Bila tengok orang lain buat senang je kan.pelik?Nak tahu kenapa mereka boleh buat duit dengan senang sahaja di Facebook? Yang sebenarnya jika kita tahu tekniknya ,apa-apa bisnes atau produk yang kita jual akan laku sebenarnya kalau kena pada tekniknya.

Baik,hari ini saya nak kongsikan kepada anda semua satu tips untuk membuatkan orang difacebook berminat untuk membeli produk kita ataupun join bisnes kita.



Okay,Bismillah dahulu.tarik nafas dan hembus.fuhh...


TIPS 1 :MESRA


Tips kita yang pertama adalah mesra.apa maksudnya? okay saya terangkan,begini,bayangkan jika ada orang post iklan mereka setiap hari ke facebook kita.Agak-agakya rasa menyampah tak?.terang-terang mereka nak menjual.Kebiasaannya orang bila buka facebook nak bersosial,nak chat dengan kawan nak berkawan.senang cerita facebook ini adalah tempat kita bersantai.Betul?.Apabila kita buat ayat jualan di facebook ia seakan-akan memaksa untuk mereka membeli betul ? tidak ada orang pun yang suka dirinya dipaksa untuk membeli sesuatu betul?.oleh itu kita jangan menjual!! di Facebook bukan tempat menjual.Facebook adalah tempat untuk kita berkongsi.Bagaimana caranya? caranya begini, anda kongsikan tentang kebaikan-kebaikan yang ada pada  produk anda atau pun bisnes anda.ceritakan kelebihan-kelebihannya dan jangan sesekali menyatakan harga.Apabila orang bertanya sahaja kita akan menjawab.Seboleh-bolehnya kita jawab melalui chat/PM  itu lebih baik lah.

jika ada testimoni kongsikan testimoni itu..kemudian selang- selikan dengan berkongsikan tentang kata-kata hikmah  ataupun cerita-cerita yang menarik yang membuatkan  orang untuk membaca.Jika ada video yang menarik boleh kongsikan.Jika kita buat begitu,itu menunjukkan yang anda adalah orang yang senang didekati dan orang lain rasa selesa dengan anda.cuba jadi orang yang mesra di dalam facebook.kalau rajin like status orang,like sahaja.Kalau rajin komen status orang,komen sahaja tetapi pastikan komen yang baik-baik yang positif ya..

Gunakan ayat yang menunjukkan anda ingin berkongsi.Sebagai contoh anda nak jual produk kesihatan gunakan ayat seperti ini :


 "siapa nak cuba ubat kurus ni,tak perlu diet pun.. boleh makan apa sahaja janji kita amalkan ubat ni mengikut waktu.In Sya Allah berkesan,kalau nak PM saya"


ayat macam tu lah menunjukkan .kita tidak menggunakan ayat menjual tetapi kita menggunakan ayat berkongsi.seperti ayat di atas,saya menggunakan perkataan 'cuba'.perkataan cuba itu menunjukkan kita ingin berkongsi .Apabila orang lihat ayat seperti itu,mereka tidak akan tefikir  yang kita nak menjual.mereka akan berfikir yang kita nak berkongsi dan mereka akan ada rasa ingin tahu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk yang kita katakan itu.Apbila mereka bertanya,diruang chat lah tempat yang sesuai untuk kita cerita segala-galanya tentang produk kita termasuklah harga produk.Kalau boleh sewaktu kita tulis ayat tu,sertakan sekali dengan gambar produk itu.

sampai disini sahaja perkongsian saya pada hari ini.cuba fahamkan dan amalkannya.ingat!! ' "KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK"

kena setiasa mencuba dan jangan mengalah.berusaha..berusaha dan terus berusaha.Okay jumpa lagi.Assalamualaikum.


(Hakim Haizan)

Kalau Nak Tahu Cara Nak Gandakan Jualan Di Facebook boleh kesini :

http://www.ashadee.net/go/51366/hakim08